Write For Us

Karya Ustaz Ilham dihargai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Teruja kerana tanda nama hasilnya dipakai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Itu kata Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ilham Che Daud.
Menurutnya, dia begitu bangga apabila Timbalan Perdana Menteri menunjukkan tanda nama itu menerusi satu status di Facebook dan ia memberikan perangsang untuk dirinya terus berkarya memartabatkan tulisan umat Islam dan Melayu di negara ini.
Katanya, projek menghasilkan tanda nama Jawi itu tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengarahkan kakitangan dibawah agensinya untuk memakainya pada setiap Jumaat.
Sebelum ini Dr Wan Azizah memuat naik gambarnya bersama tanda nama tulisan jawi yang mendapat pelbagai komen memuji usaha Wan Azizah mempromosi penggunaan tanda nama berkenaan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment