Write For Us

Kaut untung kaw kaw

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mengekang sindiket penjualan barang berjenama tiruan yang berleluasa di ibu negara.
Ia hasil risikan sejak sebulan lalu yang membawa kepada Ops Jeriji bermula 4 petang Isnin di Jalan Raja Laut dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Azeem Nazuri berkata, tiga serbuan dibuat sepanjang operasi itu dan merampas 2,762 barangan pelbagai jenis bernilai lebih RM1.4 juta.
Antaranya, jam tangan berjenama tiruan yang harga maksimumnya dianggar RM1,000, namun dijual pada harga cecah RM14,000 selain beg tangan, dompet dan kasut tiruan.
Hasil operasi, dua wanita tempatan berumur 37 dan 45 tahun ditahan di premis perniagaan yang diserbu di Jalan Raja Laut dan kedua-dua mereka direman selama tiga hari bermula Selasa, 21 Januari.
Menurutnya, risikan dan serbuan selepas pihaknya menerima aduan awam dan pemilik cap dagang mengenai kegiatan berkenaan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment