Write For Us

KDN prihatin masalah judi, kaji untuk pinda akta perjudian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
36 Views
Published
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada bagi tujuan pindaan penambahbaikan untuk memastikan ia relevan dengan perubahan modus operandi sindiket ini terutamanya perjudian dalam talian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, ini kerana kerajaan memandang serius isu perjudian dalam talian termasuklah bagi mengekang penglibatan masyarakat termasuklah golongan remaja.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Noorita Sual (PH-Tenom) yang mahu tahu adakah kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang-undang perjudian dengan memasukkan kesalahan promosi atau ajakan judi dalam talian kepada remaja menerusi telefon sebagai satu kesalahan jenayah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment