Write For Us

Keahlian Amanah merudum kerana Muafakat Nasional, ini jawab Presiden Amanah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Ditanya kemungkinan populariti AMANAH dalam kalangan Melayu akan merudum susulan penubuhan Muafakat Nasional yang ditunjangi UMNO dan PAS, Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu adalah tidak benar.
“Jika dilihat, keahlian AMANAH semakin bertambah terutama di Kelantan. Bilangan ahli di Pasir Mas dan Pengkalan Chepa juga merekodkan bilangan ahli yang ramai.
“Cuma sebagai parti baharu, beberapa cawangan tidak dapat ditubuhkan kerana berlakunya beberapa masalah.
“Bilangan ahli yang bertambah secara mendadak menyebabkan berlaku sedikit kekalutan untuk menguruskan kemasukan dan seterusnya untuk menubuhkan cawangan,” katanya.
Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan Pidato Presiden di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment