Kecoh, dan berang diganggu ketika bertanya soalan, peguam Siti Kassim membalas ejekan orang ramai terhadapnya dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah sejurus selepas menamatkan soalannya di program Wacana Sinar Harian hari ini.
Sebelum itu Siti berdiri untuk bertanya kepada panel dengan mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kata Siti, dia adalah orang Melayu dan Islam tetapi mengapa perlu mematuhi segala undang-undang sedemikian.
“Saya seorang Melayu dan seorang (beragama) Islam tetapi kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini.
"Antara saya dengan Tuhan, kenapa saya kena ikut cara Islam kamu?” kata Siti yang mendapat reaksi sorakan hingar daripada hadirin.
Siti menjadi antara penonton yang menyertai Wacana Sinar Harian siri ke-41 anjuran akhbar berkenaan di Shah Alam.
Wacana itu membincangkan tajuk Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi - merujuk kepada cadangan dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa parti itu bertujuan memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment