Write For Us

Kecoh depan Sogo, protes Lokman disekat polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Himpunan yang diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Jalan Tuanku Abdul Rahman malam ini gagal berlangsung seperti yang dirancang apabila ia disekat polis.
Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 50 pesertanya bersurai.
Polis juga didakwa merampas mikrofon daripada Lokman.
Protes berkenaan terpaksa dipindahkan ke lokasi lain gara-gara ucapan Lokman gagal diperdengarkan kerana ditelan oleh bunyi muzik dan nyanyian pemuzik jalanan berhampiran kompleks beli-belah Sogo.
Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan, Lokman kedengaran memberitahu polis untuk menyuruh pemuzik jalanan berkenaan merendahkan bunyi sistem PA kerana terlalu bising.
Apabila tiada tindak balas daripada sebarang pegawai polis, penunjuk perasaan yang dipimpin Lokman mula berarak ke arah ibu pejabat polis Dang Wangi.
Dihadang polis, penunjuk perasaan berundur kembali ke pintu masuk Sogo dan mereka dikepung anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force.
Lokman terus berucap dan pihak polis beberapa kali memintanya berhenti.
Himpunan yang bermula sekitar jam 9 malam tadi bersurai pada jam 10.30 malam.
Untuk rekod kawasan Sogo memang sinonim dengan protes suatu ketika dulu, iaitu selepas Tun Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment