Write For Us

Kecoh di PWTC: Memalukan! - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kekecohan yang berlaku akibat pertembungan Pemuda Umno dan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) di PWTC pada Selasa lalu adalah "perkara remeh" dan memalukan.
Beliau juga memberitahu wartawan di Bukit Aman bahawa sekurang-kurangnya 11 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan polis mengenai kejadian itu.
“Biarlah polis siasat dulu. Perkara kecoh-kecoh macam itu perkara remehlah,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan polis.
Disoal mengenai maklumat lanjut tentang individu yang ditahan itu, Khalid berkata, tidak perlu bagi beliau memberikan nama mereka.
Pada masa sama, ketua polis negara itu menasihatkan semua pihak supaya menunjukkan kedewasaan mereka.
“Kita semua orang dewasa bukan budak-budak lagi.... kena tunjukkan kedewasaan kita.
“Terlibat dalam kecoh macam itu pada saya memalukanlah,” katanya.
- "Kau nak tampar aku?" ARMADA-Umno hampir bertumbuk di PWTC
Dalam kejadian itu, kira-kira 30 anggota ARMADA yang pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke PWTC bagi menyampaikan jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan kejadian tolak-menolak..
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment