Write For Us

KECOH! Didakwa Tiru Resepi, Ibu Neelofa, Noor Kartini Trademark Jenama Daging HARIMAU MENANGIS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Menerusi laman Facebook, Farhan Yaacob mendakwa resepi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh Aunty Tini Kitchen itu merupakan resepi asal milik restorannya, SIAM yang beroperasi di Kelantan.
“Sejujurnya, resepi daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah adalah resepi dari Restoran SIAM (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan).
“Saya sendiri yang berkongsi resepi SIAM tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka.
“Saya, isteri dan SIAM tiada masalah apabila mereka komersialkan walaupun terasa hati kerana keutamaan mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah, ” 
Farhan berkata dia berkongsi resepi itu atas dasar percaya dengan keluarga selebriti itu dan tindakannya tampil menjelaskan mengenai perkara ini selepas menerima banyak komen daripada netizen yang mahu mengetahui hal sebenar.
Farhan berkata pengakuannya ini bukanlah kerana iri hati, sebaliknya hanya terkesan dengan kata-kata Noor Kartini dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
DAGING, HARIMAU MENANGIS, NOOR KARTINI
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment