Write For Us

Kecoh! Penyokong Zahid 'bertembung' dengan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Kes pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram ke atas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berjalan lancar kecuali percubaan sekumpulan penyokong yang cuba merempuh masuk pagar utama perkarangan kompleks mahkamah.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis sejak awal pagi telah mengawal rapi kompleks mahkamah di Kuala Lumpur itu.
Namun kira-kira 200 penyokong yang berpakaian serba merah dengan logo Umno mula berang apabila mereka dihalang masuk di kedua-dua pagar kompleks mahkamah itu.
Akibatnya berlaku tolak-menolak dan cubaan merempuh masuk. Ini disusuli dengan objek yang tidak dikenali melayang ke arah anggota keselamatan yang bertugas.
Para penyokong mula menjerit ke arah polis apabila seorang anggota cuba mengenal pasti dan berjalan ke arah individu yang disyaki membaling objek itu.
Polis kemudian mengarahkan pasukan Light Strike Force bagi mengekang penyokong yang cuba merempuh masuk selepas mendapat maklumat sebutan kes itu telah selesai.
Mereka bagaimanapun berjaya dikawal beberapa minit selepas itu oleh polis bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terus mengawal rapi.
Sumber polis memberitahu, tahap keselamatan di perkarangan kompleks ketika ini terkawal dan meminta penyokong Umno supaya mematuhi arahan ketika berada di kawasan mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment