Write For Us

Kecoh....PAS Kelantan 'gempur' Wisma Tok Guru

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Isu membabitkan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor, Kota Bharu semakin hangat apabila PAS 'menggempur' bangunan yang kini menjadi Pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, malam tadi.
Dengan tujuan untuk memasang bendera di sekitar bangunan tersebut, kira-kira 150 penyokong PAS berhimpun di lokasi kejadian diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Mereka berkumpul kira-kira 9 malam sambil mendengar ucapan disampaikan daripada pimpinan pemuda termasuk Ahmad Fadhli.
Menurut beliau, acara memasang bendera PAS itu diadakan sebagai permulaan dan petanda awal bahawa tanah serta bangunan itu adalah hak milik PAS.
"PAS telah berikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.
"Walaupun sudah menjadi hak kita, tetapi bagi mengelakkan perkara berlanjutan kita mengambil keputusan untuk tidak mengakses bangunan ini.
"Kita sekadar meletakkan bendera di bahagian luar sahaja sebagai penghargaan kepada penyokong yang menyumbang untuk kita mencipta sejarah melihat bangunan ini kembali menjadi milik PAS," katanya ketika memberi ucapan.
Seusai ucapan tersebut, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan bertindak menggesa Ahmad Fadhli supaya memberi keizinan menggunakan pembesar suara atas alasan untuk meminta penyokongnya bersurai daripada lokasi.
Bagaimanapun, PAS tidak mengizinkan permintaan itu sekali gus mencetuskan sedikit ketegangan antara kedua-kedua pihak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment