Write For Us

Kehadiran ceramah tidak boleh diterjemahkan sebagai undi - KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengingatkan BN supaya jangan terlalu yakin sudah meraih undi kaum Cina di Tanjung Piai.
Jelasnya, beliau risau terhadap perang saraf yang bakal digunakan oleh DAP bagi meraih undi kaum berkenaan.
“Walaupun kita nampak, kehadiran pengundi Cina semakin meningkat di program BN, jangan terlalu yakin.
“Jentera jangan terlalu yakin sebab saya risau dengan perang saraf yang diguna DAP,” katanya ketika ditemui pemberita di sesi ramah mesra bersama pengundi di Serkat
Khairy juga menasihati supaya partinya lebih banyak memberikan fokus kepada kawasan majoriti Cina.
“Kita kena tumpu banyak masa di kawasan Cina terutama dalam empat, lima hari yang akan datang ini.
“Ini untuk memberi jaminan kepada pengundi Cina walaupun sekarang Umno sudah ada Muafakat Nasional dengan PAS tetapi kita akan terus jaga kepentingan kaum-kaum minoriti,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment