Write For Us

Kejar masa untuk siapkan kelengkapan venue

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Pihak penganjur Sukan SEA 2019, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) sedang mengejar masa untuk melengkapkan segala persediaan menjelang edisi ke-30 temasya dwitahunan itu.
Selepas beberapa pertandingan seperti bola sepak, floorball dan polo telah bermula beberapa hari lalu sebelum upacara perasmian pada Sabtu ini, banyak kerja-kerja pembinaan masih berjalan.
Tinjauan Bernama mendapati kerja kerja pembinaan masih dijalankan terutama di venue perlawanan bola sepak lelaki membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal di Manila di mana pekerja sedang membuka perancah di hadapan stadium.
Lebih mengejutkan, bangunan pusat media yang menempatkan bilik sidang media pula, masih dalam pembinaan.
Perancah masih belum dibuka, dinding belum ditampal dengan simen, manakala simen lantai pula tidak rata dan kemas, ditambah dengan gigitan nyamuk.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment