Write For Us

Kejayaan TNB hasil keberanian lakar perubahan PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Pelbagai kejayaan dikecapi Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah hasil keberanian melakar perubahan yang kadangkala dianggap melawan arus, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, kecekalan syarikat utiliti itu mengejar rangkaian cita-cita turut menjadi antara pemacu utama kejayaannya sehingga mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa.
Bank Dunia dalam laporannya, Doing Business 2020, menyatakan bahawa Malaysia kekal dua tahun berturut-turut di tangga keempat bagi urusan mendapatkan elektrik.
Laporan Bank Dunia itu menilai 190 negara dan ekonomi, justeru pencapaian negara adalah lonjakan besar berbanding kali pertama dinilai dari segi mendapatkan bekalan elektrik pada 2011 yang mana Malaysia berada di tangga ke-60.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena perasmian Kompleks Balai Islam TNB, pada Khamis, 16 Januari.
Berlandaskan konsep seni bina yang diterap elemen kesederhanaan, prinsip Islam dan mesra alam sekitar, Dr Mahathir turut mengumumkan nama baharu bangunan terbabit sebagai Kompleks Balai Islam An-Nur.
Perasmian oleh Dr Mahathir itu disifatkan melakar sejarah baharu kerana beliau pernah mengumumkan syarikat utiliti berkenaan sebagai pengganti Lembaga Letrik Negara (LLN) di Kompleks Sukan TNB, Bangsar, pada 1 September 1990.
Beliau ketika itu menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Keempat, susulan pengkorporatan badan terbabit menerusi Dasar Penswastaan Malaysia.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment