Write For Us

Kelantan beri bonus tambahan penjawat awam, lantikan politik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada Khamis, 2 Januari, mengumumkan penjawat awam serta kakitangan lantikan politik di Kelantan akan menerima bonus tambahan daripada kerajaan negeri.
Katanya, penjawat awam akan menerima bonus tambahan RM500, manakala kakitangan lantikan politik pula akan menerima RM250.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu.
Pada 16 Oktober lalu, Ahmad selepas selesai membuat penggulungan Belanjawan 2020 negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), mengumumkan kerajaan negeri bersetuju memberi insentif sebanyak RM500 kepada penjawat awam di Kelantan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment