Kerajaan Kelantan sedang menjalankan kajian untuk melaksanakan contoh sebatan di depan khalayak ramai mengikut peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai Akta 355.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pelaksanaan itu dibuat bagi memberi pemahaman kepada masyarakat bagaimana hukuman itu dilaksanakan.
“Kita sedang kaji nak buat satu demonstrasi (pertunjukan contoh) bagaimana hukuman sebat dalam Islam supaya memberi pemahaman dan persepsi yang betul kepada masyarakat tentang kaedah hukuman dalam Islam.
“Ia adalah hukuman mendidik, mengandungi rahmat, bukan untuk menyakitkan, bukan untuk menghukum kerana ada yang silap faham,” katanya ketika ditemui pemberita selepas forum Pasca Himpunan 355 di Bazar Harakah di Kuala Lumpur semalam.
Jelasnya terdapat pihak yang mendakwa hukuman dicadangkan melalui pindaan Akta 355 itu itu seolah-olah hanya mahu menumpukan aspek penderaan semata-mata.
“Mereka (pengkritik) kata apa yang dilakukan kerajaan Kelantan hanya nak tumpukan hukuman, seolah-olah Islam hanya nak menghukum,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment