Write For Us

Kelantan 'pancing' pengganti Ghaddar?

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
143 Views
Published
Peledak kebangsaan pasukan Lebanon, Abou Bakr Al-Mel berada dalam radar pasukan Kelantan untuk dibawa masuk bagi menggantikan penjaring terbanyak Liga Super Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke kelab JDT.
Utusan Malaysia melaporkan sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan kehadiran pemain itu dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ghaddar bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurutnya, Abou Bakr dijangka tiba ke Kota Bharu dalam masa terdekat.
Berita mengenai kehadiran pemain tersebut mungkin akan diumumkan Penasihat The Red Warriors (TRW) Tan Sri Annuar Musa nanti.
Pemilihan Abou Bakr bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempunyai kemahiran setanding dengan Ghaddar mengemudi bahagian serangan.
Abou Bakr sedang beraksi bersama Kelab AC Tripoli dalam Liga Lebanon dan mempunyai ketajaman penyudah seperti Ghaddar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment