Write For Us

Kelas latihan terbuka untuk pekerja lepas waktu kerja, cadang menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Semua Institut Latihan Perindustrian (ILP) bakal dibuka sehingga 11 malam bagi membolehkan orang ramai menghadiri kelas dan melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selepas waktu bekerja.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata cadangan itu kini di peringkat kajian yang turut berkemungkinan bakal menyaksikan ILP beroperasi pada hari minggu dan cuti am.
“Waktu operasi yang panjang amat penting bagi menarik minat dan memberi peluang kepada mereka yang bekerja, sekali gus mengisi kekurangan pekerja berkemahiran dalam bidang teknikal.
“Sudah ada beberapa ILP ditutup lambat, namun kita mahu perluaskan kepada semua ILP agar orang ramai dalam apa jua bidang sekalipun mempunyai peluang menambah kemahiran yang amat diperlukan dalam pasaran kini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor hari ini.
Beliau berkata kedua-dua langkah itu nanti dijangka dapat meningkatkan peratusan golongan pekerja dalam bidang kemahiran teknikal dalam negara yang kini berada pada paras 28 peratus kepada sasaran 35 peratus tahun depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment