Anggota keluarga tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dari sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang tiga tahun lalu memfailkan saman kecuaian terhadap kerajaan dan lapan pegawai awam.
Enam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Ogos menuntut jumlah pampasan yang tidak didedahkan bagi kerosakan dan pelbagai tuntutan berhubung hak Orang Asli.
Dua anak Midah Angah, Noreen dan Haikal Yaakon antara kanak-kanak yang melarikan diri dari asrama mereka di SK Pos Tohoi pada 23 Ogos 2015 dipercayai kerana takut dihukum oleh guru mereka kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Hanya Noreen, 13 dan rakannya, Muksudiar Aluj, 14 yang selamat ditemukan 47 hari kemudian pada 9 Okt.
Kedua-dua kanak-kanak itu hadir bersama anggota keluarganya ketika sidang media hari ini.
Adik Noreen, Haikal, meninggal dunia ketika berada di dalam hutan, bersama rakannya Ika Ayel, 9, Juvina David, 7, Linda Rosli, 8, dan Sasa Sobrie, 8.
Kecuali mayat Sasa, empat mayat yang lain yang berjaya ditemui ditanam di kubur sama di Kampung Penad, Gua Musang, pada 25 Okt 2015.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment