Write For Us

Keluarga mendiang kadet TLDM dibunuh, NGO tuntut siasatan telus

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Selepas tragedi dahsyat yang meragut nyawa adiknya, Charles Joseph berkata perkara itu meninggalkan parut yang mendalam terhadap ahli keluarganya.

Pada 19 Mei 2018, mendiang kadet tentera laut J Soosaimanicckam dilaporkan meninggal dunia di pangkalan tentera laut KD Sultan Idris Lumut,
tujuh hari selepas melaporkan diri untuk menjalani latihan kelayakan pegawai.

Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian memutuskan kematian J Soosaimanicckam sebagai kes homisid.

Terdahulu Charles dan bapanya Joseph Sinappan bersama-sama wakil 29 NGO termasuk Lawyers for Liberty (LFL) menyerahkan memorandum kepada ibu pejabat polis Bukit Aman bagi menuntut siasatan telus ke atas kematian adiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment