Write For Us

Keluarga OKU hidup melarat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Itu realiti ditempuh Baladiah Razali, 34, bersama suaminya, Mohd Rashid Saparuan, 42, yang hidup serba kekurangan di Kampung Bagan Terap.

Pasangan itu kini menetap di rumah kayu papan lapis tanpa kemudahan asas seperti api dan air selain bumbung kerap bocor serta dipenuhi semak samun.

Namun, mereka terpaksa menempuh keadaan itu demi membesarkan dua anak iaitu Nur Izzah Afifah dan Nur Izzah Zahara masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Baladiah yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai guru sebuah sekolah agama di Perak terpaksa bersara awal pada 2015 berikutan menghadapi masalah gangguan mental.
Kata Baladiah, suami yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur juga sudah tidak berupaya selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 2003.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Rashid di talian 013-3377044 atau akaun Bank Islam atas nama beliau (12056022719257).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment