Write For Us

Kemarau Nelayan resah ikan kurang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Lebih 200 nelayan di Tasik Pedu dan Muda, mulai resah apabila hasil tangkapan ikan semakin kurang akibat kemarau, sejak Disember lalu.
Tinjauan di Tasik Pedu mendapati kebanyakan pukat tidak memberi sebarang hasil dan hanya beberapa ikan sahaja tersangkut selepas dipasang lebih 10 jam.
Keadaan itu memaksa nelayan meneroka kawasan tasik lebih jauh, walaupun perlu menanggung risiko bot dan pukat rosak akibat tersangkut pada tunggul kayu yang banyak.
Nelayan, Md Jusoh Abdul Rashid, 74, berkata pendapatannya merosot sejak akhir-akhir ini ditambah pula dengan keadaan botnya yang semakin uzur.
Mohd Ridzuan Abdul Wahab, pula berkata beliau berharap kerajaan dapat membaik pulih jalan ke pangkalan Mong Gajah bagi memudahkan nelayan berulang-alik ke tasik.
Katanya, daratan yang semakin banyak menyukarkan mereka keluar ke tasik selain terpaksa mengubah bot dari pangkalan asal ke tempat lain.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment