Write For Us

Kementerian Luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ - Timb Menteri Luar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
5 Views
Published
Kerajaan menerusi Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif dalam membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Noraini Idris mengenai peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman Israel di Palestin di Dewan Negara hari ini.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=-GhKEPI_le8
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment