Write For Us

Kementerian nafi arah sita RM1b dari akaun syarikat China

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
59 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memberitahu bahawa kementeriannya tidak memberi sebarang arahan berhubung penyitaan AS$243.25 juta (RM1 bilion) daripada sebuah akaun bank milik syarikat China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP).
"Saya ingin mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan dan saya sebagai menteri, kami tidak mengeluarkan sebarang arahan terhadap rampasan tersebut.
"Kalau ada apa-apa (soalan) terhadap arahan berkaitan tindakan rampasan, kamu perlu tanya penguat kuasa," kata Lim di lobi parlimen.
Sabtu lalu, akhbar Straits Times Singapura melaporkan bahawa pihak Malaysia menyita AS$243.25 juta (RM1 bilion) dari akaun CPP.
Tindakan ke atas akaun CPP itu berlaku selepas setahun kerajaan menggantung dua projek pemasangan paip yang diterajui oleh CPP yang bernilai AS$ 2.3 bilion.
Menurut laporan Straits Times, kerajaan Malaysia didakwa memberi arahan kepada bank HSBC untuk memindahkan dana daripada akaun firma China itu ke Suria Strategic Energy Resources, milik Kementerian Kewangan.
Laporan itu turut berkata CPP bingung dengan pemindahan dana yang dikatakan dikeluarkan daripada akaun tanpa sebarang pemberitahuan.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas itu membatalkan beberapa projek mega yang berkaitan kerajaan China termasuk dua projek paip yang diluluskan pada era Najib Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment