Write For Us

Kementerian Pendidikan tak halang sambutan perayaan Ponggal di sekolah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Surat yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berhubung perayaan Ponggal di sekolah bertujuan mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam pelibatan anak-anak mereka semasa sambutan perayaan tersebut.
Kenyataan surat itu juga menurut Kementerian Pendidikan mengambil kira pendirian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
KPM juga mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa jika berhasrat untuk mengadakan sambutan perayaan yang tertentu di sekolah.
“Kementerian Pendidikan Malaysiamenyedari bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Budaya dan adat resam antara kaum perlu diketahui, difahami dan dihormati oleh semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru-guru dan murid-murid.
“Sebagai usaha menyemai semangat toleransi, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, KPM menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya yang dijalankan.
“Merujuk kepada Perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu, KPM tidak pernah menghalang perayaan ini diadakan di sekolah,” kata Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini.
Kenyataan itu merujuk kepada surat KPM bernombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020 yang menimbulkan kemarahan beberapa pihak.
Pesta Ponggal atau pesta menuai itu disambut oleh masyarakat India di negara ini sebagai tanda kesyukuran ke atas rezeki yang dilimpahkan dan berdoa untuk mendapat rezeki yang lebih baik tahun berikutnya
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment