Write For Us

Kementerian siasat kes rotan pelajar panggil cikgu ‘ah qua’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Kementerian Pendidikan akan menyiasat tindakan seorang guru yang merotan seorang murid perempuan kerana menegurnya “ah qua lao shi” (cikgu pondan), kata menterinya Maszlee Malik.
Maszlee berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru juga telah menjalankan siasatan dan akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid berkenaan secepat mungkin.
“Saya telah menerima laporan berkenaan kejadian di mana seorang guru telah merotan seorang murid perempuan kerana menegur beliau dengan ayat ah qua lao shi (cikgu pondan) ketika guru tersebut lalu di koridor tanpa sebab.
“Sehubungan itu, saya mengambil maklum akan kejadian ini dan telah mengarahkan pihak PPD untuk menjalankan siasatan agar keadilan dapat diberikan kepada kedua pihak iaitu guru dan murid yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maszlee juga menegaskan beliau menolak sebarang bentuk kekerasan terhadap murid.
“KPM positif perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat, mengikut tatacara dan SOP yang bersesuaian,” katanya.
Semalam video berdurasi lebih dua minit tular di media sosial yang memperlihatkan ibu kepada murid berkenaan cuba mendapatkan penjelasan daripada guru berkenaan.
Dalam rakaman itu, wanita terbabit turut menunjukkan kecederaan di tangan dan kaki akibat kesan rotan yang dialami anaknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment