Write For Us

Kempen pakaian hitam: Henti polemik untuk ganggu gugat polisi UiTM - Zambry

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera untuk program pascasiswazah pembedahan kardiotoraksnya.

Dalam satu kenyataan, Zambry mendakwa isu berkenaan sengaja dijadikan polemik oleh pihak tertentu untuk mengganggu gugat polisi serta objektif UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

Zambry menegaskan bahawa cadangan berkenaan juga tidak dibincangkan di peringkat kementerian mahupun kabinet.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Tinggi berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment