Write For Us

Kemudahan di Bukit Jambul mengecewakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Tandas tidak boleh digunakan, alatan senaman rosak dan struktur binaan sudah berkarat, antara yang dikesalkan pendaki di kawasan rekreasi Bukit Jambul, berikutan ia tidak lagi diselenggara dengan baik.



Lebih membimbangkan ialah jalan tar yang digunakan sebagai laluan kecemasan bagi ambulans juga sudah berlubang menyebabkan kerja menyelamat menjadi sukar.



Wakil kumpulan pendaki, Ahmad Basri Abdullah, 51, kawasan berkenaan menjadi tumpuan pendaki amatur sejak 1996, namun menjadi popular pada tahun 2000 dan dijadikan sebagai tempat riadah bagi penduduk di kawasan itu.



Kemudian, beberapa kemudahan lengkap disediakan seperti tandas, alatan senaman serta jalan tar bagi laluan kecemasan juga dibina pada 2010 sebelum dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Katanya, sehingga tiga tahun lalu, pendaki mendapati kemudahan terbabit tidak dapat digunakan dan rosak, malah lampu yang disediakan sepanjang laluan juga sudah tidak berfungsi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment