Write For Us

Kemungkinan 'tokoh besar' PAS K'tan akan digugurkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Menjelang pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), pelbagai kejutan dan debaran bakal dihadapi parti-parti yang mengambil bahagian serta penyokongnya.
Di Kelantan misalnya, pasca-pemerintahan 28 tahun parti PAS pastinya diberi tumpuan besar dalam usaha mempertahankan kerajaan "Membangun Bersama Islam".
Hari ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi gambaran wujudnya kemungkinan tokoh lama dalam parti itu digugurkan sebagai calon pada PRU14 nanti.
Menurut penyandang menteri besar Kelantan itu, kemungkinan itu tidak mustahil akan berlaku.
"Nak kata (tokoh) besar tak besar, nak kata kecil pun besar juga.
"Ada, kemungkinan ini berlaku... benda tidak mustahil," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment