Write For Us

Kenapa atheis naik meluat dengan agama? Terang Khalid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Seorang pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan yang didakwanya secara tidak langsung menggalakkan semakin ramai rakyat Malaysia menjadi atheis.
"Saya telah menyatakan bahawa antara sebab kenapa geng-geng atau kumpulan atheis ini naik meluat dengan agama kerana mereka melihat agama ini hanya benda yang diperalatkan untuk mempertahan kerajaan yang rasuah, yang menyeleweng,” kata anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Katanya, apabila agama tidak dilihat relevan untuk menegakkan keadilan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat umum, golongan itu akan mula mempertikaikan agama.
"Kamu jahat tapi bercakap pasal agama, dan kamu gunakan agama untuk pertahankan diri, jadi ini menjadikan kamu penyumbang kepada semaraknya unsur atheis dalam negara ini.
"Kamu gunakan Islam untuk justifikasi kesalahan kamu. Kamu bertanggungjawab dengan berkembangnya atheis ini," kata Khalid dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Khalid berkata demikian mengulas isu yang dibangkitkan anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dalam Dewan Rakyat.
Siti Mariah meminta perdana menteri menyatakan sejauh mana gejala atheis berkembang dalam negara ini dan langkah menyeluruh kerajaan bagi menyekat perkembangan kumpulan seperti Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur.
Khalid yang juga ketua komunikasi strategik AMANAH berkata semua pihak khususnya kerajaan harus berhenti memperalatkan Islam.
"Jadi, mesej saya sebenarnya adalah kerajaan yang bercakap tentang Islam, bangkit jangan cakap tentang Islam tapi terlibat dengan skandal 1MDB, tak ada ketelusan, tak ada kebertanggungjawaban lepas itu guna pula agama sebagai alat untuk mempertahankan kerajaan yang sebegitu rupa.
"Tidak mengapa ada rasuah, zalim terhadap Muslim ini yang menyebabkan masyarakat meluat dengan agama dan melihatkan ia sebagai alat," tegas Khalid.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment