Write For Us

'Kenapa dulu tak macam ni?' - KJ, Shahril kecam cara Hannah jawab isu suami

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika mengulas mengenai isu pemberian kontrak kepada syarikat yang diketuai suaminya sebagai tidak memuaskan.

Hannah Yeoh sebelum ini dalam satu hantaran di media sosial berkata dia menyambut baik siasatan SPRM terhadap program Transit Responsif Atas Permintaan (DRT) yang melibatkan suaminya, Ramachandran Muniandy, sebagai pengasas bersama Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti).

Asia Mobiliti dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai satu daripada dua syarikat untuk menjalankan projek perintis percubaan bas atas permintaan selama sembilan bulan.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan pula kecewa kerana Hannah seharusnya menyerlahkan sedikit kekecewaan dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sumber video: https://youtu.be/8kRzvLhvwBc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment