Write For Us

Kenapa harus dewakan bahasa Inggeris? soal MP Rompin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin mempertikaikan terdapat usaha sesetengah pihak yang mahu memartabatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dalam negara.
Hasan berkata tidak ada satu negara pun di dunia yang berjaya dalam pembangunan pendidikan, selain Amerika, yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
Kata Hasan, mengambil contoh negara Asia seperti China dan Jepun, negara itu tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan tetapi mereka berjaya.
"Ada golongan G25, survery dari Singapore untuk mengembalikan bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran negara. Sebenarnya kejayaan sistem pelajaran negara bukan disebabkan bahasa, tetapi pengolahan kita dalam membentuk satu sistem yang baik. Dan kita agak bernasib baik, kita ada masyarakat Cina, India, Kadazan, Iban adalah satu kekayaan yang bagaimana kita mengolah sistem pendidikan.
"Dalilnya, di Asia ini, mana negara yang menggunakan bahasa Inggeris berjaya dalam pembangunan mereka? Singapore bukan negara, ia City State. Negara Jepun, Taiwan, Korea dan sekarang China tidak menggunakan bahasa Inggeris. Di Asia, negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris semuanya berjaya. Negara yang guna bahasa Inggeris tidak berjaya.
"Di Eropah, selain daripada England, England adalah negara yang sejarahnya berbeza. Jerman, Perancis, scandinavian country, Finland, Denmark, Norway, semuanya tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sistem pendidikan mereka, tapi mereka berjaya. Tapi keseluruhan di dunia ini, beritahu kita, di mana negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mereka berjaya dalam membangunkan negara? Kenapa kita terlalu taksub ingin mengembalikan suatu bahasa yang tidak menunjukkan kejayaan mereka dalam membangunkan negara. Jelas.
"Bukan sebab bahasa, ini sebab sistem pengolahan dalam membentuk sesebuah negara yang maju. Tidak ada satu negara yang bahasa Inggeris yang berjaya dalam dunia ini. Kenapa kita harus mendewa-dewakan bahasa ini? Kembali kepada asas. Jangan kita teraba-raba dalam menuntut sistem pendidikan negara, ini sangat bahaya," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment