Write For Us

Kenapa masyarakat kita apabila bercakap soal Islam suka melaknat orang lain?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Pendekatan 'rahmatan lil alamin' adalah cukup baik tetapi ia "dirompak" oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu, kata Dr Mujahid Yusof.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, konsep itu diketengahkannya bagi menjawab radikal Islam.
Bahkan katanya, pendekatan itu bukanlah perkara baru, sebaliknya mencontohi Rasulullah SAW dalam usaha menyebarkan dakwah.
Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall bersama penyelidik dan pengamal media di Kuala Lumpur hari ini.
Gagasan 'rahmatan lil alamin' yang secara harfiah bererti "rahmat untuk sekalian alam" diketengahkan Mujahid selepas beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama Islam.
Bagaimanapun, pendekatan itu mendapat kritikan segelintir agamawan susulan tindakannya menyantuni kumpulan tertentu seperti LGBT.
Malah, ada yang beranggapan konsep 'rahmatan lil alamin' yang dibawa Mujahid sebagai "berlembut" dengan kemungkaran.
Mujahid bagaimanapun menegaskan konsep 'rahmatan lil alamin' dalam pelaksanaan Islam di negara ini tidak membawa maksud kerajaan akan berlembut dengan perbuatan mungkar atau bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata ia juga tidak bermakna kerajaan mengiktiraf perbuatan mungkar oleh orang Islam atau bagi meringankan hukuman ke atas perlakuan yang tidak selari dengan tuntutan agama.
Sementara itu Mujahid berkata, 'rahmatan lil alamin' adalah konsep yang menyeluruh menekankan keadilan untuk semua dan turut menekankan aspek kemanusiaan.
Katanya, terdapat sesetengah pihak dalam kalangan umat Islam yang suka melaknat sesama sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment