Write For Us

"Kenapa nak tangguhkan bacaan kali kedua ini?"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Kabinet menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP).
Katanya, kerajaan sepatutnya membuka ruang isu ini untuk dibahas di Dewan Rakyat dengan segera.
"Kenapa nak tangguhkan bacaan kali kedua ini? Kita nak buat cepat. Kalau dia kata nak perbetulkan penambahbaikan, tambah baik masa ketika kita berbahas.
"Jangan kita tangguhkan. Tangguh ini sebenarnya kita menambah tempoh beban itu berterusan. Kami tidak bersetuju ia ditangguhkan daripada nombor dua jatuh kepada nombor 11.
"Kami nak desak Kementerian Sumber Manusia supaya angkat segera untuk dibahaskan. Cepat perbetulkan dan perbaiki apa yang sebenar kemampuan yang tabung ini sendiri boleh dimanfaatkan kepada pekerja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Kata Abdullah Sani, hasil mesyuarat baru-baru ini menyatakan kebimbangan mengenai potensi dana itu mengutip hampir RM1.6 bilion setahun, sedangkan jumlah dana yang diperlukan setikar RM300 juta sahaja.
Jelasnya, beliau sebagai Pemangku MTUC, juga khuatir sekiranya dana tersebut disalah guna oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment