Write For Us

Kenapa saya cakap Tun M ini 'celaka'? Ini jawab Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Tidak timbul soal perkauman, sebaliknya apa yang hendak disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuma peringatan kepada anggota Umno.
Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata peringatan tersebut adalah supaya anggota parti Melayu itu tidak menjadi "celaka" seperti Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jamal berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ahmad Zahid yang mendedahkan maklumat didakwa kad pengenalan Dr Mahathir pada Ahad lalu.
Dalam ucapannya itu Zahid mengungkit sejarah Dr Mahathir yang didakwanya berketurunan India, selain menuduh bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun dalam pentadbirannya.
Mengulas lanjut Jamal menyatakan sokongannya kepada Ahmad Zahid yang juga anggota Parliamen Bagan Datok itu.
Jamal yang terkenal dengan pelbagai aksi berani itu hadir bersama lebih 30 pengikutnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 11 pagi tadi.
Beliau yang juga ketua Gerakan Baju Merah membuat laporan polis berhubung kenyataan Dr Mahathir bahawa Ahmad Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Kata Jamal, perpecahan orang Melayu memang berpunca daripada Dr Mahathir.
Mengulas lanjut, Jamal berkata laporan polis dibuatnya hari ini adalah bagi mempertahankan Ahmad Zahid.
Kata Jamal, apa yang dinyatakan Dr Mahathir mengenai Ahmad Zahid semalam adalah fitnah.
Pada 31 Julai lalu Dr Mahathir dalam rakaman video ringkasnya memulangkan paku buah keras kepada Ahmad Zahid.
Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan meraih sokongan untuk menggantikan Najib.
Kata Jamal, isu nama Kutty yang disebut Ahmad Zahid bukan perkara baru dan sudah diketahui umum.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment