Write For Us

Kenderaan baru didakwa untuk MB dan Exco T'ganu: Jelas pada rakyat, kata AJK Umno Kemaman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
Bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar menyarankan Kerajaan Terengganu memberi penjelasan berhubung kenderaan baharu yang tular di media sosial yang didakwa akan menjadi kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan EXCO.

Wan Abdul Hakim berkata, penjelasan perlu dibuat kerana ia penting untuk rakyat mengetahui sama ada pembelian kenderaan itu satu keperluan mendesak ketika ini.

Menurut laporan Sinar Online, Wan Abdul Hakim berkata, pembelian kereta rasmi tersebut dilihat janggal dalam keadaan kewangan negeri yang agak terhad walaupun tidak menyalahi mana-mana peraturan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment