Write For Us

Kento Momota, dua pegawai sukan pulang ke Jepun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan dua pegawai sukan Jepun yang cedera dalam kemalangan awal pagi Isnin di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu, 15 Januari, untuk pulang ke Jepun.
Momota dan dua pegawai sukan itu tiba di KLIA kira-kira 8.10 pagi dalam tiga kenderaan berasingan dan disambut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Mereka yang memakai topeng muka kemudiannya dibawa menaiki “buggy” di balai pelepasan KLIA serta dikawal ketat.
Mereka kemudian dibawa ke bilik VVIP KLIA sebelum berlepas menaiki penerbangan ke Jepun yang dijadualkan pada 9.40 pagi.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment