Write For Us

'Kenyataan biadab!' - Waris selar pemimpin Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
"Kenyataan dia ni bukan sahaja liar, malah biadap. Bukan sahaja biadap kepada waris tetapi biadap kepada tuhan. Dia seolah-olah menjadi wakil tuhan menurunkan hukum", kata balu kepada bekas Adun Seri Setia, Adibah Ahmad yang menyelar kenyataan Ketua Umno Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman yang mengaitkan kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat.
Adibah yang mewakili waris bekas Adun yang lain mengatakan isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan.
Dalam pada itu, Adun Teratai Brian Lai Wai Chong berkata waris-waris yang terlibat memberi masa dua hari kepada Satim untuk meminta maaf sebelum tindakan lanjut akan diambil.
Malaysiakini, awal pagi tadi melaporkan Mohamed Satim sebagai berkata, semua PRK di Selangor iaitu di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan kini di Semenyih melibatkan kematian wakil rakyat daripada PH dan bukan daripada BN.
Beliau berkata Allah telah memberi amaran sejak (PRK) Sungai Kandis lagi supaya rakyat memilih parti pemerintah yang tepat, namun rakyat tidak memahami isyarat itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment