Write For Us

'Kepala bapak kau' juga simptom sakit mental, kata Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Sidang Dewan Rakyat hari ini hampir kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengaitkan perkataan 'kepala bapak kau' dengan simptom penyakit mental dalam soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam.
Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ahli Parlimen BN mengkritik Zuraida.
Bagaimanapun, Subramaniam membidas Zuraida bahawa stress juga berlaku apabila soalan mengenai kesihatan dijadikan satu soalan politik.
Dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kemarahan terhadap hasrat Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengkaji semula semua perjanjian projek antara Malaysia dan China, sekiranya menang pilihan raya umum akan datang nanti.
"Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik," kata Najib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment