Write For Us

Kepala DiCaprio, Clinton berputar-putar dalam mesin pengering

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Seorang artis terkenal dengan ciptaan provokatif meletakkan beberapa poster di Los Angeles dengan menyindir yayasan amal Leonardo DiCaprio yang dikaitkan dengan 1MDB dan calon Presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton kerana pengubahan wang haram.
Artis itu yang dikenali sebagai Sabo memberitahu The Hollywood Reporter bahawa beliau meletakkan karya seni berkenaan di luar rumah pelakon itu, tetapi dihalang berbuat demikian oleh petugas keselamatan.
Berikutan itu, Sabo menggantung poster berkenaan di kawasan Sunset Boulevard, berseberangan panggung wayang Archlight Cinemas.
Karya seni itu menggambarkan kepala DiCaprio dan Clinton berputar-putar dalam mesin pengering pakaian dengan sebanyak AS$100 berpusar di sekeliling mereka.
Di bahagian mesin basuh itu bertulis "Jenayah keluarga Clinton: Wang Haram Sejak 1997".
DiCaprio menjadi hos bagi acara kutipan dana untuk Clinton di kediamannya di Hollywood Hills, tetapi ia tiba-tiba dibatalkan dengan menyebut mengenai kepadatan jadual.
Menurut The Hollywood Reporter, aduan Jabatan Keadilan (DOJ) mengenai 1MDB mencadangkan bahawa yayasan kebajikannya mendapat manfaat kewangan daripada mereka yang terlibat dalam skandal itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment