Write For Us

Keputusan kes Tian Chua esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok berhubung bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara mengenai cabaran undang-undang oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua sama ada dirinya layak bertanding dalam pilihan raya umum.
Peguam Persekutuan Kanan Amarjeet Singh berkata Tian Chua sepatutnya membawa perkara itu ke mahkamah pilihan raya dan bukannya kepada mahkamah sivil seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun peguam Tian Chua yang diterajui oleh Gurdial Singh Nijhar berhujah bahawa anak guamnya memohon perintah mengenai status dirinya dan bukan mengenai pilihan raya umum sahaja.
"Dia mahukan perisytiharan dari mahkamah bahawa dia boleh bertanding, bagaimana jika dia mahu bertanding dalam pilihan raya lain tetapi pegawai pengurus pilihan raya tidak membenarkannya, justeru, statusnya berhubung denda RM2,000 mesti dijelaskan," katanya.
Hakim Datuk Nordin Hassan berkata beliau akan menyerahkan keputusan itu pagi esok pada pukul 9 pagi.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang memohon perisytiharan mahkamah berhubung kelayakannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ditetapkan dalam Artikel 48 (1) perlembagaan persekutuan.
Beliau juga memohon pengisytiharan layak bertanding sebagai calon dalam PRU14.
Tian Chua menamakan pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Sabtu lalu, Tian Chua hilang kelayakan untuk bertanding di parlimen Batu selepas kertas pencalonannya ditolak berikutan denda RM2000 yang dikenakan mahkamah terhadap beliau.
Naib presiden PKR berusia 54 tahun itu dalam afidavitnya berkata mengikut undang-undang denda RM2,000 tidak menyebabkan beliau hilang kelayakan bertanding di Parlimen.
Tian Chua menambah semasa PRU13, beliau mengemukakan kertas pencalonan dan dibenarkan untuk bertanding walaupun menghadapi denda RM2,000.
Tian Chua berkata beliau telah menjadi anggota Parlimen sejak PRU13 dan speaker Dewan Rakyat tidak mempersoalkan atau menimbulkan apa-apa isu mengenai kehilangan kelayakannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment