Sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.
Anwar turut menegaskan sejak merdeka hingga kini, kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan yang boleh menyinggung Agong atau Raja-Raja Melayu.
Untuk rekod, Pada 1 April lalu, Najib Razak telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=CwkPoTHS0gg

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment