Kerajaan akan terus berunding mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sehingga mencapai syarat yang tidak merugikan negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan peserta semasa sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di sini, hari ini.
CPTPP merupakan perjanjian perdagangan yang dirundingkan semula daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada TPPA.
Perjanjian tersebut telah dipersetujui dan ditandatangani pada 8 Mac tahun ini.
Ia melibatkan baki 11 negara yang pada asalnya menandatangani TPPA iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment