Write For Us

Kerajaan batalkan Program Subsidi Petrol (PSP)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
48 Views
Published
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan untuk tidak melanjutkan program subsidi petrol (PSP) bersasar bagi menggantikan mekanisme subsidi petrol semasa, yang dicadangkan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH)sebelum ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid memberitahu bahawa kementeriannya dan Kementerian Kewangan (MoF) telah bersetuju untuk tidak melaksanakan program itu setelah mempertimbangkan beberapa faktor termasuk perbezaan harga petrol antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS - Setiu) berhubung perancangan baharu kerajaan untuk subisidi minyak pada masa hadapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment