Write For Us

Kerajaan beku kenaikan tol seluruh negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Kabinet bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini adalah penambahbaikan kepada pengumuman Belanjawan 2019 yang membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan.
Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia.
Lim berkata pembekuan itu telah dipersetujui kabinet pada 12 Disember lalu.
Kerajaan menganggarkan pembekuan kadar itu akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 Juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Lim juga menyenaraikan kadar kos tol semasa bagi kenderaan kelas 1 dan kadar tol 2019 berdasarkan perjanjian konsesi.
Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), kadar tol semasa ialah RM13.60 perkilometer.
Menurut perjanjian konsesi ia sepatutnya dinaikkan kepada RM14.99 perkilometer.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment