Write For Us

Kerajaan BN dulu tiada niat laksana PSS - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PPS).
Demikian kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penjelasan mengenai tuduhan PSS dimulakan oleh BN.
Menurut beliau, meskipun perkara itu pernah dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) suatu ketika dahulu, kerajaan BN telah menolaknya.
"Tidak, walaupun ada cadangan yang berbangkit setelah dibuat RCI, tetapi cadangan itu tidak diterima oleh Barisan Nasional.
"Bererti memang kita tidak ada niat untuk laksanakan PSS, tetapi Warisan-PH memang telah nyatakan bahawa inilah hasrat mereka, jadi itu satu yang dinafikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta membuat kenyataan balas berhubung sidang media Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Papar, pada Sabtu.
Dalam kenyataan Muhyiddin, PH mendakwa PSS merupakan ilham pemimpin BN dahulu, di mana ia dipanggil sebagai Pas Residen Sementara Sabah (PRSS) yang telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Bilangan 2 pada 31 Julai 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment