Write For Us

'Kerajaan dituntut kaji semula bajet Universiti, jika tidak, protes di Parlimen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Kesatuan Mahasiswa Malaysia merancang untuk mengadakan protes di hadapan Parlimen Rabu ini sekiranya kerajaan tidak memberi sebarang respon berhubung isu pemotongan belanjawan universiti awam.
Pengerusi kumpulan berkenaan, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, pihaknya mengesa agar kerajaan mengkaji semula pemotongan belanjawan terhadap universiti awam serta membatalkannya.
Ini kerana, walaupun yuran universiti didakwa akan dinaikkan namun kos pengurusan universiti akan dikurangkan dan ia memberi kesan kepada mahasiswa, ujarnya.
"Sedikit demi sedikit kos pengurusan universiti dikurangkan dan menyebabkan impak yang akhirnya memberi kesan kepada mahasiswa.
"Justeru kami menuntut agar pemotongan belanjawan universiti dibatalkan dan dikaji semula.
"Sekiranya tiada respon daripada kerajaan berkenaan isu ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes di hadapan Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Dalam pembentangan belanjawan 2016, potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi apabila belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion kepada RM13.378 bilion.
Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.
Bagi tahun 2017 pula, potongan keseluruhan bagi kementerian pengajian tinggi sebanyak 10.27 peratus iaitu daripada RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion.
Peruntukan universiti awam pula telah dikurangkan sebanyak 23.80 peratus dari RM7.573 bilion kepada RM6.117 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment