Write For Us

Kerajaan mohon bajet tambahan RM7.12b

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Kerajaan persekutuan memohon kebenaran parlimen untuk tambahan RM7.12 bilion bagi Bajet 2017.
Tambahan berkenaan dikatakan bagi menampung "perbelanjaan tambahan dalam perkhidmatan dan tujuan" yang sudah dikhususkan dalam Bajet 2017 namun tidak sepenuhnya.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2017) 2018 yang dibentangkan pertama kali di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet tambahan itu dijangka merangkumi 16 perkara dengan sebahagian RM2.71 bilion diperuntukkan kepada badan berkanun.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri pula masing-masing diperuntukkan tambahan RM891 juta dan RM804 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan peruntukan RM260.8 bilion bagi Bajet 2017.
Kementerian dan badan berkanun lain yang akan menerima peruntukan tambahan itu adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan Tinggi; Jabatan Perkhidmatan Awam; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri; Suruhanjaya Pilihan Raya; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Jabatan Perdana Menteri; Menteri Sumber Manusia; dan Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment