Write For Us

Kerajaan sedia kaji masukkan tuntutan e Tunai Rakyat dalam akaun penerima BSH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Kerajaan sedia mengkaji untuk memasukkan wang tuntutan program e-Tunai Rakyat ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang rungutan berhubung perkara itu namun akan mempertimbangkannya sekiranya ada.
Katanya, buat masa ini kerajaan akan meneruskan pembayaran BSH yang akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada 20 Januari nanti.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pasar raya besar Tesco Bagan Ajam sempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat, pada Sabtu, 18 Januari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment