Write For Us

Kerajaan sedia kaji penubuhan RCI siasat salah laku hakim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Kerajaan akan mengkaji mengenai gesaan hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat salah laku hakim.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang cadangan bagi menubuhkan RCI perlu dikaji terlebih dahulu.
"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk memberi komen lebih lanjut mengenai perkara itu.
"Namun jika ada RCI, kami akan kaji semula cadangan itu," katanya dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, hari ini.
Mahathir ditanya tentang gesaan hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer ke arah penubuhan bagi menyiasat dakwaan salah laku dan campur tangan dalam badan kehakiman.
Beliau membuat pendedahan mengejutkan dalam satu afidavit yang difailkan semalam.
Hamid Sultan mendakwa terdapat campur tangan dalam beberapa kes. Beliau memperincikan komplot penipuan yang melibatkan ahli politik, sektor swasta dan hakim untuk menipu duit rakyat.
Hamid dalam afidavit 150 para itu juga mendakwa beliau diberi teguran oleh hakim kanan susulan penghakiman yang dibuatnya dalam kes Indira Gandhi.
Selain itu, katanya seorang hakim kanan turut mengarahkan Mahkamah Rayuan mengekalkan pensabitan mendiang Karpal Singh dalam kes melibatkan Akta Hasutan pada 2016.
Beliau juga mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment