JOHOR BAHRU: Seramai 147 warga China dari Wuhan dan Hubei dihalang memasuki negara ini sehingga semalam.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan jangkitan coronavirus di negara ini.
“Dari 27 Januari hingga semalam seramai 147 warga China dari Wuhan dan Hubei dihalang memasuki negara ini termasuk 65 warga China yang bekerja dalam industri perkapalan di Pelabuhan Klang.
“Selain itu, 30 warga China dari wilayah terjejas yang mahu memasuki negara dari Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah, juga tidak dibenarkan masuk, ” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, hari ini.
Bagaimanapun, tiada sekatan terhadap warga China dari bandar dan wilayah lain untuk memasuki Malaysia setakat ini.
“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa Malaysia tidak menyekat 100 peratus kemasukan warga China berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan awam global.
“Namun, WHO tidak meminta kemasukan warga China disekat sepenuhnya, jangan salah faham.
“Tindakan kementerian berpandukan keputusan sekatan yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan. Jika Kementerian Kesihatan kata tidak perlu sekatan, kita tidak akan buat,” katanya.
Bagaimanapun tegasnya, kementerian sentiasa bersiap siaga mengenakan sekatan mengikut Akta Imigresen jika Kementerian Kesihatan membuat keputusan ia perlu dilakukan.
Muhyiddin turut mencadangkan supaya alat pengimbas haba di CIQ BSI ditambah berdasarkan kemasukan hampir 70 peratus pelancong ke negara ini adalah menerusi CIQ. Keperluan itu berdasarkan aliran kemasukan pelancong yang tinggi.
Ketika ditanya sama ada Festival Perarakan Chingay 2020 yang akan diadakan pada 14 Februari di bandar raya ini perlu dibatalkan atas alasan kebimbangan penularan wabak coronavirus, Muhyiddin berkata, tiada sekatan ke atas festival berkenaan.
“Kementerian tiada halangan dan sekatan terhadap penganjuran festival berkenaan kerana kita sudah kawal pintu masuk negara dengan ketat, jadi buat apa kita mahu halang atau batalkan acara berkenaan,” katanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment